每日一名言

现在是




Google

2007年8月24日星期五

Bahagian D
[Masa yang dicadangkan: 10 minit]
[10 markah]


Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

(i) Meniti Kaca, karya R. Sabarudin R. Abdullah
(ii) Anak Din Biola, karya Maaruf Mahmud
(iii) Aku Anak Timur, karya Siti Aminah Hj. Yusuf
(iv) Limpahan Darah Di Sungai Seumur, karya Zakaria Salleh

Mulakan huraian anda dengan “Novel yang saya kaji ialah__tajuk__karya __pengarang__. ”
Soalan 1
Watak utama berperanan penting dalam sesebuah novel. Huraikan watak utama dan dua perwatakan utama dalam novel yang telah anda kaji.
Watak utama – Budiman
– anak yatim piatu
– dibesarkan di Rumah Bonda
– berjaya menjuarai pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya
– guru biolanya – Pak Wan
Perwatakan
– berani – melaporkan kegiatan Pak Mat Tukang Masak kepada polis
– gigih – berusaha untuk menjuarai pertandingan menggesek biola

Soalan 2
Dalam novel terdapat watak–watak yang berkonflik. Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan watak yang berkonflik dan huraikan sebab–sebab watak tersebut berkonflik.
Watak yang berkonflik – Budiman, Chong dan Chandra dengan pengurus stesen minyak
Hasrat Budiman
– membeli biola – tidak tertunai
– pengurus enggan membayar upah

Soalan 3
Latar tempat merupakan tempat sesuatu peristiwa itu berlaku. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, berikan tiga contoh latar tempat berserta peristiwa yang telah berlaku.
(a) Rumah Bonda: tempat tinggal anak–anak yatim – seluruh kotaraya
(b) Rumah tua di lereng bukit: kepunyaan Pak Wan Busu – setiap malam – belajar teknik menggesek biola
(c) Dewan Srikota – tempat mengadakan Pertandingan Bintang Biola Remaja – Budiman menggesek lagu “Sayang Mas Merah”, “Miduri”, dan “Sakura Na Hana”
Soalan 4
Setiap novel yang anda kaji mengemukakan nilai–nilai positif seperti nilai kasih sayang. Berikan tiga contoh peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang dalam novel yang anda kaji.
– kasih sayang Pak Jais – Penguasa Rumah Bonda – menyayangi anak–anak yatim
– kasih sayang sesama sahabat – Chong, Chandra dan Budiman bekerja – pencuci kereta – stesen minyak – mengumpul wang – membeli biola
– kasih sayang Pak Wan Busu – Budiman – meminjam biola kepada Budiman

Soalan 5
(a) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam novel.
(b) Nyatakan dua pengajaran yang dapat dijadikan teladan.
· Dua Nilai murni:
– baik hati
– Datin Siti Norbayu – Pak Wan Busu – membantu Budiman belajar bermain biola – tanpa mengenakan bayaran
– kasih sayang
– Budiman - keluarga Pak Wan Busu – Chandra – bapa saudaranya – Chong – keluarga Linda
· Dua Pengajaran:
– membantu orang lain – dalam kesusahan – Pak Wan Busu membantu Budiman
– jangan mencuri hak orang lain – Pak Mat Tukang Masak mencuri dan menyeludup barang–barang makanan Rumah Bonda – dijual semula
Soalan 6
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, nyatakan peristiwa–peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca.
(a) Baik hati: Pak Wan Busu – buta – mengajar Budiman – berjaya – pemuzik terkenal
(b) Gigih berusaha: tidak merayu memohon belas kasihan – yatim piatu
(c) Yang jahat akan menerima balasan: Pak Mat Tukang Masak ditangkap polis – terlibat – kegiatan dadah

Soalan 7
Nyatakan tema dan dua persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
Tema: Kegigihan – ketabahan hati anak remaja yatim piatu – memenuhi wasiat ayahnya – menjadi penggesek biola yang terkenal
Persoalan:
(a) Berusaha tangga kejayaan – Budiman berusaha bermain biola – anak yatim piatu – berjaya – wasiat ayahnya
(b) Balasan – orang yang makan harta anak yatim – Pak Mat Tukang Masak – ditangkap polis – dipenjarakan – mengedar dadah

Soalan 8
(a) Berikan contoh unsur gaya bahasa dalam novel yang anda kaji.
(b) Apakah peristiwa yang menjadi klimaks cerita dalam novel yang anda kaji.
(a) (i) Peribahasa: Hangat–hangat tahi ayam
(ii) Bahasa Istana: Patik, tuanku
(iii) Bahasa Inggeris: Homework
(iv) Bahasa Jepun: Syina No royu
(v) Bahasa Tamil: Sanggam
(vi) Simile: Dadamu bidang seperti dada ayahmu
(b) Budiman – muncul – juara Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya – persembahan – bagus – menunaikan hajat arwah bapanya

Soalan 9
Nyatakan watak yang menarik dalam novel yang anda kaji berserta alasannya.
Datin Siti Norbayu:
– bertanggungjawab mengajar Budiman bermain muzik
– banyak memberi galakan – tunjuk ajar

Soalan 10
PLOT
-Permulaan
-Pertengahan
-Peleraian
Huraikan binaan plot seperti rajah di atas bagi novel yang anda kaji.

Permulaan:
Budiman, Chong, dan Chandra – penghuni Rumah Bonda
Pertengahan:
– Budiman menerima Pingat Jasa Kebaktian – disampaikan – Sultan – arwah bapanya
– Pak Mat Tukang Masak – mencuri barang–barang makanan rumah anak–anak yatim – mengugut Budiman – merahsiakan kegiatannya
– Budiman – rakan–rakan – bekerja – pencuci kereta – membeli biola
– Rahsia Budiman – anak Din Biola – terbongkar – Pak Wan Busu menziarahi kubur Din Biola
– Pak Mat Tukang Masak – ditangkap – dipenjarakan – Budiman membuat laporan polis
Perleraian:
Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya
– Budiman menjadi juara
– akan diberi biasiswa – mendalami bidang muzik

Soalan 11
Buat satu sinopsis atau jalan cerita tentang novel yang anda kaji.
– mengisahkan kehidupan Budiman – anak yatim piatu – dibesarkan – Rumah Bonda – dua rakan – Chong – Chandra
– peristiwa antara Budiman – Pak Mat Tukang Masak – Pak Man Tukang Jahit
– yatim piatu – Budiman tidak menjadi peminta sedekah – amanat arwah ayahnya, Din Biola – penggesek biola yang terkenal
– berusaha – memenuhi wasiat ayahnya
– bertemu – Pak Wan Busu – cacat penglihatan – tunjuk ajar – pandai menggesek biola
– belajar muzik – pimpinan Datin Siti Norbayu
– menjuarai Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya
– dihantar ke Tokyo, Jepun
– melanjutkan pelajarannya dalam bidang muzik
– tidak lagi tinggal di Rumah Bonda

Soalan 12
Huraikan perkara–perkara berikut:
(a) Watak sampingan,
(b) Perwatakan watak sampingan.
Pak Mat Tukang Masak:
– terlibat dalam perkara – perkara keji – mencuri barang–barang makanan – rumah anak yatim
– menjual Biola Bayu Senja – Pak Wan Busu – RM 300 – milik arwah Din Biola
– cuba merasuah Budiman – menarik diri – menyertai Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya
– kegiatan mengedar dadah – terbongkar – hasil laporan Budiman
– dihukum penjara – sepuluh tahun

Soalan 13
Pengajaran merupakan unsur penting dalam sesebuah novel. Huraikan tiga pengajaran berdasarkan novel yang anda kaji.
(a) Menjauhi musuh – Pak Mat Tukang Masak – memberi rasuah – Budiman – memberi lauk lebih – memberitahunya rahsia yang diketahui
(b) Jangan mencuri hak orang lain – Pak Mat Tukang Masak mencuri barang – Rumah Bonda – kepentingannya
(c) Menjauhi perbuatan yang tidak bermoral – pemuda – menghisap ganja – tidak terurus

Soalan 14
Tema dan persoalan merupakan unsur penting dalam sesebuah novel. Nyatakan tema dan berikan dua contoh peristiwa yang dapat dikaitkan dengan tema yang didukung berdasarkan novel yang anda kaji.
Tema: kegigihan anak – menunaikan wasiat ayah
Peristiwa:
o Budiman mengesan orang yang bertanggungjawab mengambil hasil jualan buku muzik karya ayahnya
o Budiman mempunyai keazaman – semangat yang tinggi – mempelajari muzik – menunaikan hasrat ayahnya – menyertai pertandingan

Soalan 15
Peleraian merupakan unsur penting dalam sesebuah novel. Huraikan peleraian dalam novel yang anda kaji dengan memberikan gambaran yang ringkas.
Budiman – juara Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya – berpeluang melanjutkan pelajaran – seni muzik – luar negara – mula hidup berdikari
Soalan 16
Nilai murni merupakan unsur penting dalam sesebuah novel. Huraikan tiga nilai murni berdasarkan novel yang anda kaji.
(a) Keberanian: Budiman mendedahkan perbuatan Pak Mat Tukang Masak – tidak bertanggungjawab
(b) Menghargai masa: arwah ayah Budiman dianugerahkan pingat – usaha menghidupkan semula lagu–lagu Melayu Asli tradisional
(c) Bertanggungjawab: Pak Jais – pengusaha Rumah Bonda – bertanggungjawab – pengurusan anak–anak yatim
Soalan 17: Setiap novel mempunyai beberapa latar masa dan peristiwa yang dapat memantapkan jalinan cerita sesebuah novel. Tulis tiga latar masa dan peristiwa berdasarkan novel yang anda kaji.
1. Pagi: Budiman – anak–anak yatim lain di Rumah Bonda bangun awal – bersembahyang subuh.
2. Siang: Budiman – tanah perkuburan – membersihkan kubur ayahnya.
3. Malam: Budiman memanjat pokok tembusu – melihat Pak Wan Busu bermain biola.
Soalan 18: Nyatakan nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
1. Kasih sayang:
– Budiman dan rakan–rakan tidak mendapat kasih sayang daripada keluarga
– Pak Jais, Pak Wan Busu mengasihi mereka
2. Tolong–menolong:
– kehidupan Budiman gembira – tolong – menolong – bekerjasama
3. Menghargai warisan bangsa:
– meneruskan cita–cita ayah – menjadi penggesek biola terkenal
Soalan 19: Huraikan nilai–nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
1. Baik hati:
– Datin Siti Norbayu tidak mengenakan bayaran – Budiman – belajar di sekolah muzik
2. Kasih sayang:
– kasih sayang – layanan mesra – keluarga Pak Wan Busu, Pak Jais – pengusaha Rumah Bonda
3. Bertanggungjawab:
– Budiman menunaikan wasiat ayahnya – menjadi Bintang Biola Remaja Kota Raya
– tercapai – berjaya melaksanakan wasiat itu

PENTING!!!
SKEMA PERMARKAHAN:
ISI: 3(PERNYATAAN+HURAIAN)*2% = 6%
BAHASA: = 4%
JUMLAH: 10%

没有评论: