调整宽度:700 1024 1280

现在是

Google

2007年9月2日星期日

KAJIAN TEMPATAN SEJARAH TINGKATAN SATU SALASILAH KELUARGA FOO [2007]

KAJIAN TEMPATAN
SEJARAH TINGKATAN SATU



SALASILAH KELUARGA FOO




NAMA : FOO CHI KHING
TINGKATAN : SATU YAKIN (1Y)
NAMA GURU : HAMDAN CHE HASSAN
TARIKH HANTAR : 1hb JUN 2007
-1-
Isi Kandungan


TAJUK KAJIAN: SALASILAH KELUARGA

MUKA HADAPAN ********************************** M/S 1
ISI KANDUNGAN ********************************* M/S 2
PENGHARGAAN *********************************** M/S 3
OBJEKTIF KAJIAN ******************************* M/S 4
KAEDAH KAJIAN ********************************* M/S 4
PENGENALAN ************************************ M/S 5
RUJUKAN *************************************** M/S 5
KELUARGA SEBELAH BAPA
RAJAH SALASILAH SEBELAH BAPA ***************** M/S 6
BIODATA AHLI KELUARGA SEBELAH BAPA *********** M/S 7-11
KELUARGA SEBELAH IBU
RAJAH SALASILAH SEBELAH IBU ****************** M/S 12
BIODATA AHLI KELUARGA SEBELAH IBU ************ M/S 13
BIODATA KELUARGA SAYA ************************* M/S 14-15
PERISTIWA-PERISTIWA PENTING KELUARGA SAYA ***** M/S 16
PENUTUP *************************************** M/S 17
LAMPIRAN ************************************** M/S 18-20
GAMBAR–GAMBAR PERISTIWA *********************** M/S 21-24























-2-
PENGHARGAAN

Selamat sejahtera. Untuk menyiapkan kerja kursus salasilah keluarga ini, pelbagai pihak telah memberi banyak bantuan dan kerjasama kepada saya. Saya mengambil peluang ini juga untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka terutamanya ibu bapa saya yang sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, guru Sejarah saya iaitu Encik Hamdan Che Hassan juga telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya sepanjang persiapan kerja kursus ini. Rakan sekelas saya seperti Hong Wai, Yan Hong, Jyi Shen, Xuan Tong dan lain-lain juga memberi kerjasama dan bantuan kepada saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini.
Sebelum mengundur diri, izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada pihak-pihak yang telah membantu saya menyiapkan kerja kursus ini.
Sekian, terima kasih.






-3-
objektif dan kaedah kajian

Objektif kajian


Kajian ini dijalankan untuk memenuhi beberapa objektif seperti yang berikut:

(a) mengkaji sejarah ahli–ahli keluarga saya
(b) mengetahui peristiwa–peristiwa penting keluarga
saya secara ringkas.


Kaedah kajian


Sebelum memulakan kajian ini, saya telah mendapat tunjuk ajar daripada Cikgu Hamdan dan kawan–kawan saya untuk mencatat dan membentangkan maklumat–maklumat ini secara terperinci dan bersistematik. Saya telah mengenal pasti asal–usul keluarga saya. Seterusnya saya membuat rujukan daripada perpustakaan untuk melihat cara–cara menghasilkan laporan ini. Berikut adalah laporan saya:








-4-
pengenalan

Cikgu Hamdan memberitahu kami sekelas bahawa semua pelajar Tingkatan 1 perlu menjalankan Kajian Tempatan Sejarah (KTS). Beliau memberi kami empat tajuk iaitu Salasilah keluarga, Perkembangan diri dan keluarga, Tokoh dalam keluarga, dan Peristiwa bersejarah dalam keluarga dan menyuruh kami memilih satu daripada keempat–empatnya sebagai tajuk kajian masing–masing. Cikgu Hamdan memberikan masa lima bulan untuk kami menyempurnakan kajian ini.

Saya telah memilih tajuk pertama, Salasilah keluarga sebagai tema kajian saya. Selepas memperoleh maklumat yang mencukupi, saya menyediakan laporan yang lengkap.
***Untuk makluman semua, gambar–gambar yang digunakan diambil pada 8hb Februari, tahun 2000***

RUJUKAN
Þ PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN CINA CHUNG CHENG
-5-
>>>SALASILAH KELUARGA SEBELAH BAPA

BIODATA DATUK DAN NENEK SAYA

DATUK SAYA: ENCIK FOO VEN CHENG (85 TAHUN)
Datuk saya bernama Foo Ven Cheng. Beliau dilahirkan pada tahun 1922. Beliau datang dari Negara China dengan kapal layar yang besar bersama ibu bapa dan isterinya. Semasa itu, beliau baru berumur 25 tahun. Sebelum itu, beliau belajar di sekolah yang terletak di kampungnya, Fujian, China. Kemudian, beliau belajar berniaga dengan ayahnya.

Apabila beliau datang ke Nanyang (nama Tanah Melayu yang dipanggil di negara China), beliau belajar tentang perubatan cina di sebuah kedai ubat. Sehinggalah tahun 1967, beliau membuka kedai ubatnya sendiri.

Saya sangat menghormati datuk saya. Kerajinan beliau menjadi teladan saya.


NENEK SAYA: PUAN CHEW SUAN YING (80 TAHUN)
Nenek saya bernama Chew Suan Ying. Beliau dilahirkan pada tahun 1927. Semasa beliau datang ke Malaysia bersama datuk saya, beliau baru berumur 20 tahun. Sebelum beliau datang, beliau tinggal di Fujian, China bersama datuk saya.

Selepas beliau datang ke Nanyang, beliau menguruskan segala keperluan datuk dan anak-anaknya. Anak pertama dilahirkan pada tahun 1950 dan seterusnya tahun 1955, 1959 dan 1961. Walaupun beliau buta huruf, beliau merupakan seorang nenek yang penyayang. Oleh itu, semua orang menyukai perangainya.

Saya sangat menghormati nenek saya. Perangai beliau menjadi teladan saya.


-7-
BIODATA IBU SAUDARA, BAPA SAUDARA SAYA SERTA KELUARGANYA

IBU SAUDARA SAYA: PUAN FOO YONG CHOON (57 TAHUN)
Ibu saudara saya bernama Foo Yong Choon. Beliau dilahirkan pada tahun 1950. Pada tahun 1957 sehingga tahun 1966, beliau belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Cheng yang terletak di tepi sungai dahulu.
Sejak tahun 1967, beliau bekerja di kedai ubat yang dibuka oleh ayahnya iaitu datuk saya. Pada tahun 1976, beliau berkahwin dengan bapa saudara saya. Anak-anaknya dilahirkan pada tahun 1978, 1980, dan 1982. Beliau disenangi orang ramai kerana beliau seorang yang peramah.
Saya sangat menghormati ibu saudara saya. Keramahan beliau menjadi teladan saya.


BAPA SAUDARA SAYA: ENCIK LEE SWEE TECK (60 TAHUN)
Bapa saudara saya bernama Lee Swee Teck. Beliau dilahirkan pada tahun 1947. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah dan Menengah Chung Cheng.
Selepas beliau tamat persekolahan, beliau bekerja sebagai seorang pemandu bas sekolah. Beliau bekerja keras. Pada tahun 1976, beliau berkahwin dengan ibu saudara saya. Anak-anaknya dilahirkan pada tahun 1978, 1980, dan 1982. Beliau bekerja dengan lebih tekun lagi untuk menyara keluarganya.
Saya sangat menghormati bapa saudara saya. Kegigihan beliau menjadi teladan saya.










-8-
SEPUPU SAYA: CIK LEE SHEAU LING (29 TAHUN)
Sepupu saya yang pertama bernama Lee Sheau Ling. Orang ramai memanggilnya Shareen. Dia merupakan anak ibu saudara saya yang pertama yang dilahirkan pada tahun 1978. Dia belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Cheng dan melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya pada tahun 1998.
Selepas dia menamatkan pelajaran, dia bekerja sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat yang besar. Dia bekerja dengan rajin dan mendapat pujian daripada orang ramai. Kini, dia telah mempunyai seorang teman lelaki yang kacak lagi bergaya. Mereka bercadang untuk berkahwin pada bulan Ogos tahun ini.
Saya sangat menghargai kerajinannya. Saya akan mencontohi kerajinannya.

SEPUPU SAYA: ENCIK LEE KHING HUI (27 TAHUN)
Sepupu saya yang kedua bernama Lee Khing Hui. Dia merupakan anak ibu saudara saya yang kedua yang dilahirkan pada tahun 1980. Dia belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Cheng.
Selepas dia tamat persekolahan, dia bekerja sebagai seorang pengurus dalam sebuah syarikat perisian komputer. Beliau bekerja keras. Kepandaiannya dalam bidang multimedia menyebabkan banyak orang menyanjunginya.
Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mencontohi kepandaiannya dalam bidang komputer.

SEPUPU SAYA: ENCIK LEE KHING YEOW (25 TAHUN)
Sepupu saya yang ketiga bernama Lee Khing Hui. Dia merupakan anak ibu saudara saya yang ketiga yang dilahirkan pada tahun 1982. Dia belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Cheng.
Selepas dia tamat persekolahan, dia bekerja sebagai seorang tukang masak dalam sebuah hotel yang ternama. Beliau bekerja dengan bersungguh-sungguh. Kehebatannya dalam bidang memasak menyebabkan dia disanjungi orang ramai.
Saya amat menyanjunginya. Kerajinannya ketika bekerja menjadi teladan saya.

-9-
BIODATA IBU SAUDARA, BAPA SAUDARA SAYA SERTA KELUARGANYA

IBU SAUDARA SAYA: PUAN FOO FAH CHOON (57 TAHUN)
Ibu saudara saya bernama Foo Fah Choon. Beliau dilahirkan pada tahun 1955. Pada tahun 1962 sehingga tahun 1971, beliau belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Cheng yang terletak di tepi sungai dahulu.
Pada tahun 1979, beliau mengenali bapa saudara saya. Pada tahun 1988, beliau berkahwin dengan bapa saudara saya. Anaknya dilahirkan pada tahun 1990. Beliau disenangi orang ramai kerana beliau seorang yang prihatin.
Saya sangat menghormati ibu saudara saya. Keprihatinan beliau menjadi teladan saya.

BAPA SAUDARA SAYA: ENCIK ENG SIN KEE (60 TAHUN)
Bapa saudara saya bernama Eng Sin Kee. Beliau dilahirkan pada tahun 1952. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah dan Menengah Chung Cheng.
Selepas beliau tamat persekolahan, beliau bekerja sebagai seorang tukang jahit. Beliau rajin bekerja. Pada tahun 1979, beliau mengenali ibu saudara saya dan berkahwin dengannya pada tahun 1988. Anaknya dilahirkan pada tahun 1990. Beliau bekerja dengan lebih tekun lagi untuk menyara keluarganya.
Saya sangat menghormati bapa saudara saya. Ketekunan beliau menjadi teladan saya.

SEPUPU SAYA: ENG SHU FEN (17 TAHUN)
Sepupu saya bernama Eng Shu Fen. Dia merupakan anak tunggal ibu saudara dan bapa saudara saya yang kedua yang dilahirkan pada tahun 1990. Dia belajar di SRJK (C) Chung Cheng dan kini belajar di kelas 5sc2, SMJK (C) Chung Cheng.
Shu Fen seorang yang pandai dalam bidang muzik seperti piano, orkestra cina, dan lain-lain. Pada tahun ini, dia bakal menghadapi peperiksaan SPM. Semua orang menaruh harapan yang besar terhadapnya.
Saya sangat memujai kepandaiannya dalam bidang muzik. Saya akan mencontohinya.


-10-
BIODATA IBU SAUDARA SAYA

IBU SAUDARA SAYA: CIK FOO YEAN CHOON (46 TAHUN)
Ibu saudara saya bernama Foo Yean Choon. Beliau dilahirkan pada tahun 1961. Beliau belajar di SJK (C) Chung Cheng dan melanjutkan pelajaran di maktab perguruan.
Beliau mula mengajar di Tadika Chung Cheng sejak tahun 1985 hingga kini. Beliau mengajar dengan baik. Ibu bapa dan murid murid menyukainya.
Saya sangat menghormati ibu saudara saya. Keprihatinan beliau menjadi teladan saya.





























SALASILAH KELUARGA SEBELAH BAPA TAMAT...
-11-
>>>SALASILAH KELUARGA SEBELAH IBU

BIODATA DATUK DAN NENEK SERTA IBU SAUDARA SAYA

DATUK SAYA: ENCIK TAN CHIN JOO (TAHUN 1927-1986)
Datuk saya bernama Tan Chin Joo. Beliau dilahirkan pada tahun 1927 di Kampung Gula, Kuala Kurau, Perak. Beliau bekerja sebagai seorang nelayan semasa hidup.
Datuk seorang yang pandai menulis kaligrafi. Kaligrafinya cantik. Oleh itu, ramai penduduk kampung memintanya menulis kaligrafi setiap hari terutamanya pada perayaan Tahun Baharu Cina. Malangnya, beliau telah meninggal dunia pada tahun 1986.


NENEK SAYA: PUAN YEOH KEOK LEAB (76 TAHUN)
Nenek saya bernama Yeoh Keok Leab. Beliau dilahirkan pada tahun 1939 di Kampung Gula, Kuala Kurau, Perak. Beliau seorang suri rumah yang bertatasusila.
Setiap hari, beliau mengemas rumah dan menjaga anaknya. Beliau juga memasak makanan untuk mendiang datuk saya.
Saya sangat menghormati nenek saya. Saya berharap beliau sihat sepanjang umur.

IBU SAUDARA SAYA: CIK TAN CHIN CHIN (40 TAHUN)
Ibu saudara saya bernama Tan Chin Chin. Beliau dilahirkan pada 16hb Mei, tahun 1967. Beliau belajar di SRJK (C) Yuk Hwa, Kuala Kurau dan SMJK Han Jiang, Pulau Pinang.
Beliau seorang yang rajin bekerja. Oleh itu, beliau dinaik pangkat menjadi seorang pengurus kerana majikan menyanjungi kerajinan dan kebijaksanaannya.
Saya sangat menghormati ibu saudara saya. Kebijaksanaan beliau menjadi teladan saya.


SALASILAH KELUARGA SEBELAH IBU TAMAT...
-13-
BIODATA KELUARGA SAYA

BAPA SAYA: ENCIK FOO KOK YIN (48 TAHUN)
Bapa saya bernama Foo Kok Yin. Beliau dilahirkan pada tahun 1959. Beliau menamatkan pelajarannya di SJK (C) Chung Cheng.
Bapa saya bekerja di kedai ubat datuk saya. Beliau rajin bekerja. Oleh itu, perniagaan kedai ubat datuk semakin berkembang. Bapa saya berkahwin dengan ibu saya pada tahun 1993 dan melahirkan saya pada tahun 1994. Kedua-dua adik saya dilahirkan pada tahun 1997 dan 2005.
Saya sangat menghormati bapa saya. Kerajinan beliau menjadi teladan saya.


IBU SAYA: PUAN TAN SIM AI (43 TAHUN)
Ibu saya bernama Tan Sim Ai. Beliau dilahirkan pada tahun 1964. Beliau menamatkan pelajarannya di SRJK (C) Yuk Hwa, Kuala Kurau, Perak.
Ibu saya pandai membuat kek. Beliau bekerja di sebuah kedai kek. Beliau rajin bekerja. Oleh itu, beliau disenangi majikannya. Ibu saya berkahwin dengan bapa saya pada tahun 1993 dan melahirkan saya pada tahun 1994. Kedua-dua adik saya dilahirkan pada tahun 1997 dan 2005.
Saya sangat menghormati ibu saya. Kerajinan beliau menjadi teladan saya.








-14-
SAYA: FOO CHI KHING (13 TAHUN)
Saya bernama Foo Chi Khing. Saya dilahirkan pada 2hb September 1994. Saya belajar di kelas 1 Yakin, SMJK (C) Chung Cheng. Guru tingkatan saya ialah Encik Hamdan Che Hassan.
Saya merupakan seorang yang inginkan pelajaran. Oleh itu, saya menumpukan sepenuh perhatian semasa guru–guru mengajar. Saya juga seorang pelajar yang menghormati guru.
Inilah biodata saya. Saya berharap saya akan lebih maju lagi pada masa akan datang.


ADIK SAYA: FOO CHI SIONG (10 TAHUN)
Adik saya bernama Foo Chi Siong. Dia dilahirkan pada 28hb Oktober 1997. Dia belajar di kelas 4 Kuning, SRJK (C) Chung Cheng. Guru tingkatannya ialah Puan Than Bee Fai.
Dia merupakan seorang yang aktif. Oleh itu, dia sentiasa dimarahi ibu kerana tidak belajar dengan bersungguh–sungguh. Dia juga dimaki oleh ibu kerana malas membuat kerja rumah.
Saya berharap dia akan mengubah sikapnya.


ADIK SAYA: FOO CHI MING (2 TAHUN)
Adik saya bernama Foo Chi Ming. Dia dilahirkan pada 13hb Januari 2005. Dia masih belum lagi bersekolah.
Setiap hari, dia akan menonton rancangan kartun kegemarannya. Melalui rancangan–rancangan tersebut, dia mempelajari banyak kosa kata Bahasa Mandarin, Melayu, dan Inggeris.
Saya berharap dia cepat membesar dan belajar bersungguh–sungguh pada masa akan datang.






-15-
PERISTIWA–PERISTIWA PENTING KELUARGA SAYA



No.
Tahun
Catatan
1
1947
Datuk dan nenek datang ke Tanah Melayu.
2
1950
Ibu saudara pertama dilahirkan.
3
1955
Ibu saudara kedua dilahirkan.
4
1959
Bapa saya dilahirkan.
5
1961
Ibu saudara ketiga dilahirkan.
6
1976
Ibu saudara pertama berkahwin dengan bapa saudara pertama.
7
1978
Sepupu pertama saya dilahirkan.
8
1980
Sepupu kedua saya dilahirkan.
9
1982
Sepupu ketiga saya dilahirkan.
10
1988
Ibu saudara kedua berkahwin dengan bapa saudara kedua.
11
1990
Sepupu keempat saya dilahirkan.
12
1993
Bapa dan ibu saya berkahwin.
13
1994
Saya dilahirkan.
14
1997
Adik pertama saya dilahirkan.
15
2005
Adik kedua saya dilahirkan.


No.
Tahun
Catatan
1
1927
Datuk saya dilahirkan.
2
1939
Nenek saya dilahirkan.
3
1964
Ibu saya dilahirkan.
4
1967
Ibu saudara dilahirkan.
5
1986
Datuk saya meninggal dunia.













-16-
PENUTUP


Selepas menjalani kerja pemantauan ini, barulah saya tahu adalah sangat penting untuk mengetahui sejarah keluarga kita. Saya telah membuat sebuah laporan yang ringkas tetapi padat. Saya akan mencontohi ahli-ahli keluarga saya.
Sekian. Terima kasih.










-17-
LAMPIRAN

LAMPIRAN 1: PINGAT–PINGAT DAN SIJIL–SIJIL KEJAYAAN KELUARGA SAYA























-18-
LAMPIRAN 2: SIJIL KELAHIRAN SAYA

































-19-
LAMPIRAN 3: KAD PENGENALAN SAYA (MYKAD)





























-20-
GAMBAR–GAMBAR PERISTIWA


















§ Majlis hari jadi saya ke–12 yang diadakan pada 8hb September 2006.


















§ Gambar murid–murid kelas 6K dengan guru–guru, SJK (C) Chung Cheng.
-21-


























§ Pasukan rombongan negeri Kelantan melawat Tanjung Piai, Johor semasa Pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Melayu SJK (C) & (T) peringkat kebangsaan pada 20hb September 2006. (Gambar ini diambil oleh Cik Aw Twee Leng, guru SJK (C) Peir Chih)










-22-






















§ Gambar semasa melancong ke Pulau Pinang (Tokong Kek Lok Si).

















-23-
§ Gambar yang diambil di Nanyang Siang Pau, Petaling Jaya, Selangor pada 8hb Disember 2006 semasa menyertai Pertandingan Kuiz Budi Bahasa yang dianjurkan oleh Nanyang Siang Pau, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Kewarisan dan Spritzer.










-24-

***RAJAH SALASILAH SILA BUAT SENDIRI!!! :-)***

8 条评论:

Ren 说...

Wei, very helpful!~ Thanks very much!~

萤火虫 说...

哇,厉害哟~

nicole 说...

很好的参考~~
谢谢!!!!!!!!

Hui Jing 说...

tidak ada tulis tokoh kELUARGA?? u get how many markah in this folio????very good oh....how to write tokoh keluarga/??? please reply me.........

小瓜子 说...

full mark... you need to rearrange the sequence..

about tokoh keluarga, u may write on anyone special(eg my parents, my siblings who study overseas, etc) if really no, then ignore it...

no need to be too concern about that, pmr only count up your form 3 folio...

LiongHJ 说...

saya ada lukis rajah salasilah keluarga sebelah bapa dan ibu saya...di bawah sana,要一个一个写我亲戚的资料吗?可以写一段一段的吗?我是从我大伯写到最小的,那我爸爸也要写进去说跟我妈妈结婚然后生几个孩子。。。吗?至于我妈妈那边,我是从我大姨写到最小的,那我妈妈也要写进去说跟我爸爸结婚然后生了几个孩子。。。?

winnie893 说...

请问下,folio salailah keluarga 的 rumusan 怎样做 啊

帮忙下

小瓜子 说...

参考上面,和地理课本的差不多~