调整宽度:700 1024 1280

现在是

Google

2008年8月21日星期四

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN - TING. 2 @ 2008

23/2

Geografi

Kertas 2 – Kerja Kursus

KAJIAN

GEOGRAFI

TEMPATAN

TINGKATAN DUA

TAHUN 2008

Geografi

Kertas 2 – Kerja Kursus

Masa: 1 bulan (01 Ogos 2008 – 31 Ogos 2008)

TAJUK KAJIAN : KOMPOSISI PENDUDUK DAN

KAITANNYA DENGAN JENIS

PEKERJAAN DI SEPANJANG

JALAN ISMAIL, KOTA BHARU,

KELANTAN.

NAMA CALON : FOO CHI KHING

TINGKATAN : 2 YAKIN

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH JENIS

KEBANGSAAN CHUNG CHENG,

KOTA BHARU, KELANTAN.

TARIKH HANTAR : 1HB SEPTEMBER 2008

GURU PENILAI : PUAN TAN JOCK LEE

TANDATANGAN :


1

SENARAI ISI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

KULIT LAPORAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 01

ISI KANDUNGAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 02-03

PENGHARGAAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 04-05

PENDAHULUAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 06-07

OBJEKTIF KAJIAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 08-09

KAWASAN KAJIAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 10-12

KAEDAH KAJIAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 13-14

HASIL KAJIAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 15-18

RUMUSAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 19-20

RUJUKAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 21-22

LAMPIRAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 23-26

TAMAT ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 27


3

PENGHARGAAN

Berkat bantuan dan kerjasama daripada pihak–pihak berikut, saya dapat melaksanakan kerja kursus ini dengan sempurna. Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka, iaitu:

(a) Encik Teo Soon Seng, Pengetua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Cheng, Kota Bharu, Kelantan yang memberi kebenaran kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini.

(b) Puan Tan Jock Lee, guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 2 Yakin, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Cheng, Kota Bharu, Kelantan yang banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya.

(c) Ibu bapa saya yang memberikan dorongan dan sokongan kepada saya untuk melaksanakan kajian dan laporan ini.

(d) Penduduk–penduduk Jalan Ismail, Kota Bharu yang memberi kerjasama semasa saya menjalankan kajian ini.

(e) Rakan–rakan sekelas iaitu Hong Wei, Jenn Fei, Xuan Tong, serta Jyi Shen yang memberi cadangan kepada saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini dengan sempurna.

5

PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Geografi, pelajar–pelajar Tingkatan Dua diwajibkan menjalankan kerja amali di lapangan. Hal ini dilaksanakan melalui tema Kajian Geografi Tempatan. Pelajar–pelajar diberi tajuk KOMPOSISI PENDUDUK DAN KAITANNYA DENGAN JENIS PEKERJAAN.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah 1 BULAN bersamaan 31 hari (1hb Ogos 2008 hingga 31hb Ogos 2008). Setiap pelajar perlu menulis laporan lengkap tentang kajian yang telah dijalankan itu.

Melalui kajian yang dijalankan, saya mempelajari kaedah merekod data dan mempersembahkan data dalam bentuk jadual dan graf. Saya juga dapat mengenal pasti komposisi penduduk di kawasan kajian serta jenis pekerjaan penduduk.

Saya berasa bangga dengan penduduk yang berbilang kaum di kawasan kediaman saya. Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat khususnya kepada saya dan kepada seluruh masyarakat di sini amnya.

7

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif–objektif kajian yang saya jalankan ini adalah seperti berikut:

(a) Mengenal pasti komposisi penduduk di kawasan kajian dari segi jantina dan kaum.

(b) Mengenal pasti tentang jenis–jenis pekerjaan penduduk di kawasan kajian.

(c) Merekod dan mempersembahkan maklumat dan data dalam bentuk jadual, graf, dan peta lakar.

(d) Menyatakan kaitan antara komposisi penduduk dengan jenis pekerjaan.

9

[BUKU TEKS M/S 142]

Peta 1 Peta Malaysia

["SEARCH" DI INTERNET]

Peta 2 Daerah–daerah Negeri Kelantan Darul Naim

[LUKIS SENDIRI]

Peta 3 Pusat Bandar Kota Bharu dan Kawasan Kajian

Jalan Ismail terletak di pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Kelantan. Peta 3 menunjukkan lokasi kawasan kajian yang terletak di selatan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Cheng, Kota Bharu, Kelantan.

Kawasan ini seluas kira–kira 1km2. Terdapat 6 deret kedai yang terdiri daripada kira–kira 50 rumah kedai. Kawasan ini terletak di sebuah kawasan yang rata. Pada musim tengkujuh, kawasan ini sering ditenggelami air kerana bentuk muka buminya rendah.

Kawasan ini dipilih sebagai kawasan kajian kerana penduduk kawasan ini terdiri daripada pelbagai kaum. Di samping itu, jarak di antara kawasan ini dan sekolah saya hanya 1.5 km. Rumah saya juga terletak di kawasan ini.

11-12

KAEDAH KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini, kaedah yang digunakan adalah:

(a) Pemerhatian

:

Saya memerhati komposisi penduduk mengikut kaum dan jantina.




(b) Temu bual

:

Saya telah menemu bual 20 responden yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk mendapat maklumat tentang jenis pekerjaan mereka. [Lampiran A]

14

HASIL KAJIAN

[JADUAL 1]

Jadual 1 menunjukkan komposisi penduduk di Jalan Ismail. Penduduk di kawasan kajian ini terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Jumlah penduduk di Jalan Ismail ialah 50 orang. Bilangan kaum Melayu berjumlah 16 orang, iaitu 32 peratus daripada jumlah penduduk. Bilangan kaum Cina ialah 32 orang, atau 64 peratus daripada jumlah penduduk. Bilangan kaum India ialah 2 orang, iaitu 4 peratus daripada jumlah penduduk.


[GRAF 1]

Berpandukan Graf 1, didapati penduduk di Jalan Ismail terdiri daripada tiga kaum yang utama, iaitu Cina, Melayu dan India. Hampir 2 per 3 daripada jumlah penduduk terdiri daripada kaum Cina, diikuti oleh kaum Melayu sebanyak 1 per 3 serta kaum India. Secara keseluruhan, bilangan wanita lebih ramai daripada bilangan lelaki, khususnya di kaum Cina. Bilangan perempuan Cina melebihi bilangan lelaki Cina sebanyak 8 orang. Bagi kaum Melayu, bilangan lelaki lebih ramai daripada bilangan perempuan, iaitu sebanyak 4 orang. Bilangan lelaki India dan bilangan perempuan India adalah sama.


[JADUAL 2, GRAF 2]

Jadual 2 dan Graf 2 menunjukkan jenis pekerjaan jenis pekerjaan penduduk di Jalan Ismail. Seramai 15 orang daripada jumlah responden yang ditemu bual bekerja sebagai peniaga. Mereka memiliki kedai di sepanjang jalan ini. Manakala 5 responden yang terdiri daripada kaum Cina dan Melayu bekerja sebagai guru dan doktor.


*** JADUAL 1,2 & GRAF 1,2 - - RUJUK BUKU TEKS ***


16-18


RUMUSAN

Melalui kajian ini, dapat saya tunjukkan bahawa Jalan Ismail mempunyai komposisi penduduk yang berbilang kaum, iaitu terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Secara umum, bilangan penduduk perempuan lebih ramai daripada lelaki. Jenis–jenis pekerjaan penduduk adalah peniaga, doktor dan guru.

Sebagai akhirulkalamnya, saya berasa amat bertuah dan bangga kerana penduduk di sini hidup secara aman dan damai. Mereka mempunyai interaksi yang baik antara satu dengan lain. Saya berharap agar penduduk di sini akan terus hidup dengan bersatu padu dan mewujudkan suasana yang harmoni.


20

RUJUKAN

1. Peta Daerah Kota Bharu.

2. Laporan Pejabat Daerah Kota Bharu.

3. Laporan Majlis Daerah Pembandaran Kota Bharu.


22

LAMPIRAN

Lampiran A

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Cheng,

Jalan Kelochor,

15300 Kota Bharu, Kelantan.

Borang Temu Bual


1 Nama Murid :

2 Tingkatan :

3 Tarikh :

4 Kawasan kajian :

5 Nama Responden :

6 Jantina :

7 Kaum : Melayu (Tandakan pada

petak yang

Cina berkenaan)

India

Lain–lain

8 Bilangan penghuni :

9 Jenis pekerjaan :

10 Bilangan yang bekerja :

Lampiran B

Lampiran C


[LAMPIRAN B & C - - RUJUK GURU BERKENAAN]
24-26

TAMAT

没有评论: